SUHU PANAS SAMBUT JEMAAH DI MADINAH

Cuaca di Tanah Suci boleh mencecah lebih 50 darjah Celcius

Cuaca panas kering 39 darjah Celcius di Madinah menjadi ujian awal kepada jemaah penerbangan pertama MH8000 yang tiba semalam.

Suhu panas antara cabaran utama musim haji kali ini.


489 jemaah pertama hari ini berziarah di sekitar Madinah dengan berhadapan terik matahari. Namun, sebahagian besar jemaah yang kali pertama menunaikan ibadah Haji, nampak teruja untuk menikmati persekitaran bandar hijrah Rasulullah ini.

Ainur Mahdhiah Zahra bersama kru TV Alhijrah


“Cuma jemaah kena berjaga-jaga. Kena minum banyak air berdepan cuaca yang agak panas,” kata Pengurus Pemasaran, Ainur Mahdhiah Zahra yang mengetuai delegasi Liputan Haji TV Alhijrah.

Di pagar 25 Masjid Nabawi


Di bawah terik matahari, jemaah tetap bersemangat menempuh hari pertama berziarah ke pelbagai tempat. Namun, fokus utama pastinya Masjid Nabawi, tempat Makam Rasulullah.
Selain Ainur Mahdhiah, Pengacara dan Wartawan Berita Alhijrah turut berkongsi momen menyentuh rasa apabila pertama kali memijak bumi kedua paling suci umat Islam itu.

Syafinaz Yunus di hadapan Hotel Al Haram


“Terharu,” katanya: “Saya benar-benar terharu….”
Ikuti perkembangan Musim Haji 1437 di Instagram @tvalhijrah114

https://www.instagram.com/tvalhijrah114/

One comment

Leave a Reply