Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“SUKAR NAK TERIMA ZAYN RAYYAN SUDAH TIADA” – IBU

DALAM NEGARA

“SUKAR NAK TERIMA ZAYN RAYYAN SUDAH TIADA” – IBU

Ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa mengakui sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu kini sudah tiada.

Anggota Polis bersama penduduk menjumpai mayat kanak-kanak autism, Zayn Rayan Abdul Matin, 6, di dalam anak sungai di belakang kawasan perumahan Flat Idaman Damansara Damai. Gambar kecil, Zayn Rayan.

SUNGAI BULOH: Ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa mengakui sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu kini sudah tiada.

Ismanira Abdul Manaf, 28, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi perasaannya, namun menggagahkan diri untuk bercakap dengan media yang sudah berkumpul menunggu sejak 9 pagi tadi.

“Saya susah nak terima benda ini (pemergian Zayn Rayyan). Saya tak boleh tidur malam tadi. Sampai sekarang pun saya rasa Zayn Rayyan masih ada dan saya tak sangka ia akan berakhir seperti ini,” katanya dengan linangan air mata.

Seperti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Ismanira, dia turut meminta pihak polis untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, biarpun mayat anak kesayangannya telah dijumpai.

Mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu berada di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk prosedur bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Ismanira mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn Rayyan selain pihak polis, bomba dan media yang membantu mencari anaknya.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada 10 malam tadi.

Menurut Ismanira jenazah anaknya akan disolatkan di Damansara Damai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sekyen 9, Kota Damansara. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading