SULTAN IBRAHIM PERKENAN BUBAR DUN JOHOR

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Baginda sebelum itu berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini.

Berangkat sama pada pertemuan itu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Pada pertemuan itu Hasni yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. – AlHijrah Online

Leave a Reply