SULTAN KEDAH GESA STRUKTUR MAHKAMAH SYARIAH DISEMAK SEMULA
ALOR SETAR: Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. – Bernama
ALOR SETAR: Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Baginda bertitah kerajaan juga perlu menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.
“Mahkamah Syariah adalah obor keadilan Agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. Oleh yang demikian, beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini.
“Sebagai langkah pemerkasaan, penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.
Sultan Sallehuddin juga mahu kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan semula ekosistem pengeluaran serta pasaran padi agar memberi pulangan setimpal kepada petani dan bukan hanya menguntungkan pemain hiliran semata-mata.
Baginda bertitah nasib pesawah, yang merupakan ‘power house’ sebenar sektor pertanian padi, perlu diberi perhatian serius kerana hasil pendapatan mereka sangat rendah.
“Tanpa memperluas kawasan jelapang padi sedia ada, kerajaan negeri perlu memikirkan langkah wajar untuk meningkatkan produktiviti padi di negeri ini. Penyelesaian yang ketara dalam perkara ini adalah penggunaan teknologi dalam pertanian.
“Teknologi di segenap peringkat rantaian pengeluaran padi perlu diperkasa bermula dari pengeluaran benih sehingga penuaian,” titah baginda.
Baginda bertitah cabaran yang dihadapi petani dalam mengguna pakai teknologi seperti tahap kemampuan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan perlu diselesaikan.
Sultan Sallehuddin juga bertitah kerajaan perlu mengambil langkah menjalin kerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi pertanian pada harga murah dan berkualiti. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.