Tag Archives: Syed Azwan Syed Ali

SUKARELAWAN MYCORPS AGIH BANTUAN DI NEPAL

PARSA (Nepal): Sejajar dengan misi kemanusiaan membantu golongan yang memerlukan, sukarelawan MyCorps Asia Selatan 2.0 terus mengharumkan nama negara dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangladesh dan Nepal. Terkini, seramai 260 pelajar dari Sri Nepal Basic School di Kampung Bishamrampur di Parsa, Nepal, menerima bantuan persekolahan daripada kumpulan lima sukarelawan MyCorps yang ditempatkan di daerah itu. Jurucakap kumpulan itu, Siti Nadia

Read more

BOSS… MAMA KIRIM SALAM: SATU EKSPERIMENTASI MARHAEN

Oleh Syed Azwan Syed Ali Tepat jam 6.30 petang ini, buat pertama kalinya dalam sejarah dunia penyiaran atau setidak-tidaknya sejarah TV AlHijrah, sebuah produksi drama “in-house” akan ke udara menemui penonton di Malaysia. Berjudul “Boss… Mama Kirim Salam” (BMKS), drama 36 episod selama 30 minit yang akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat 6.30 petang bermula 6 Februari (hari ini), bukanlah

Read more

KORONAVIRUS: VIRUS VS VIRAL

Bohonglah jika saya katakan tidak bimbang dengan penularan wabak koronavirus. Sebagai bapa yang mempunyai anak yang baru saja pulih dari jangkitan Influenza, kira-kira sebulan lalu, keluarga kami terkesan dengan penularan wabak koronavirus di negara kita. Kebimbangan ini bersebab. Pertama, saya tahu bahawa virus berasal dari Wuhan, China ini tidak mempunyai penawar berbanding influenza yang boleh dirawat dengan menggunakan anti-viral dan

Read more

SUKARELAWAN MALAYSIA AGIH 30,000 LITER DIESEL DI KEM PELARIAN SYRIA DI LUBNAN

ARSAL (LUBNAN): Selepas empat hari berada di Lubnan, tim sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) melalui misi bantuan musim sejuk “Syria Kami Datang 4.0” mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 1,500 keluarga pelarian Syria di 12 kem sekitar Arsal. Sekurang-kurangnya 7,500 pelarian Syria di Kem Ummul Qurro’, Al-Ubur, At-Taqwa, Billa Hudud, Jarboa/Audah, Abu Syarif, Min Huna Marra Surriyun, Al-Barraq II, Az-Zikkiy, Al-Musa,

Read more

ISU SURAT MATI: BILA MANUSIA MULA MENJADI ROBOT

Komentar Oleh Syed Azwan Syed Ali “Kalau ada surat mati, baru boleh buat pengeluaran,” itu jawapan seorang pegawai sebuah bank di Bangi kepada seorang bapa yang ingin mengeluarkan simpanan anak sulungnya yang terlantar sakit. Allahu, terkilan penulis apabila mendapat tahu mengenai kisah Osman Md Ariff Hussain yang dilaporkan Berita AlHijrah pada hari pertama tahun 2020 semalam. Kisah ini bukanlah sesuatu

Read more

YAMAN: SAYA SUDAH PENAT

Ali Saleh, 62, nampak lemah ketika pertama kali penulis menemuinya di penempatan pelarian Usman Affan di kawasan Dar Saad di pinggir kota Aden, selatan Yaman. Pelarian mangsa perang dari Hodeidah itu hanya duduk di atas tilam buruk berlantaikan tanah di khemah pelariannya itu. Kelihatan kaki dan tangannya yang kurus kering di sebalik kain pelikat dengan baju putih tidak berkolar yang

Read more

PLATFORM: DAKWAH DALAM LAGU TV ALHIJRAH

Oleh Syed Azwan Syed Ali Siapa kata dakwah itu eksklusif atau hanya boleh dilakukan golongan agamawan? Sebagai orang media, penulis merasakan pandangan ini agak sempit jika diterima bulat-bulat dalam era maklumat di hujung jari. Dakwah seharusnya tugas kita semua, bukan hanya di tangan agamawan. Ia juga bukan hanya tentang ilmu tetapi tentang adab dan akhlak serta natijah di sebaliknya, mengajak

Read more

ANTARA ANALISIS, USTAZ REALITI & KEBEBASAN MEDIA

Malam Rabu lalu, industri media dikejutkan dengan sesuatu yang berani dan segar apabila TV AlHijrah melalui program bual bicara Analisis mengupas topik kontroversi “Ustaz Segera: Jejas Institusi Ilmu Islam?” Ia susulan kontroversi yang terpalit kepada pendakwah-dakwah yang dilahirkan dari program realiti TV sejak akhir-akhir ini. Dari kisah rumah tangga menceraikan isteri sedang mengandung yang menimbulkan kecaman ramai hinggalah kepada kisah

Read more

GAZA DIAMBANG PERANG?

SYED AZWAN SYED ALI Nampaknya Benjamin Netanyahu sudah goyang. Perdana Menteri Israel itu kini tiada jalan lain untuk mengekalkan kuasanya selain dengan menyerang wilayah Gaza. Ini skrip lama yang sentiasa digunakan Netanyahu yang berkuasa sejak 2009 untuk meraih sokongan pengundi Yahudi berhaluan kanan. Buat pertama kalinya dalam sejarah negara haram Israel itu, kerajaan gagal dibentuk selepas pakatan parti diketuai Parti

Read more

KENAPA DISAMAKAN KEGANASAN LTTE DENGAN PERJUANGAN PALESTIN?

Kali terakhir penulis masuk ke Gaza adalah Ogos 2014 selepas gencatan senjata dicapai di wilayah konflik itu. Ketika itu rejim zionis melancarkan Operasi Protective Edge menyerang wilayah dikepung itu menyebabkan lebih 2,200 warga Palestin terkorban dan 85 warga Israel, majoritinya tentera, terbunuh. Umum tahu perjuangan di Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat adalah untuk membebaskan tanah jazirah Arab

Read more
« Older Entries Recent Entries »