ARSAL (LUBNAN): Selepas empat hari berada di Lubnan, tim sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) melalui misi bantuan musim sejuk “Syria Kami Datang 4.0” mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 1,500 keluarga pelarian Syria di 12 kem sekitar Arsal.
Sekurang-kurangnya 7,500 pelarian Syria di Kem Ummul Qurro’, Al-Ubur, At-Taqwa, Billa Hudud, Jarboa/Audah, Abu Syarif, Min Huna Marra Surriyun, Al-Barraq II, Az-Zikkiy, Al-Musa, Ras Assin dan Kem Salam II menerima bantuan makanan, kit musim sejuk, pelapik khemah, alat pemanas, karpet dan bahan api diesel.
Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata, bagi bantuan bahan api, sebanyak 30,000 liter diesel telah disalurkan kepada pelarian Syria di kem-kem pelarian terbabit.
Katanya, bantuan diesel sumbangan rakyat Malaysia ini adalah keperluan mendesak pelarian Syria bagi kegunaan bahan api alat pemanas di khemah-khemah pelarian ketika cuaca sejuk mencecah paras beku mencengkam wilayah Arsal di Lubnan.
“Alhamdulillah bantuan disumbangkan rakyat Malaysia disampaikan dengan sempurna di kem-kem pelarian Syria yang terletak di Arsal, Lubnan.
“Antara barang diagihkan hasil sumbangan rakyat Malaysia adalah 30,000 liter diesel yang digunakan sebagai bahan bakar kepada pemanas. Set pakaian musim sejuk untuk kanak-kanak, karpet, selimut, pelindung khemah, pek makanan, pek keceriaan dan barangan asas turut diedarkan mengikut keperluan di setiap kem.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang meringankan beban pelarian-pelarian Syria ini. Semoga sifat kemanusiaan terus kekal dalam hati setiap rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi AlHijrah Online di sini hari ini.
Tim misi musim sejuk MVM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) berlepas ke Lubnan pada 29 November lalu dan dijangka berada di sana sehingga Ahad ini bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di Arsal, Lubnan.
Konflik perang saudara di Syria sejak Mac 2011 menyebabkan lebih 12 juta rakyat Syria menjadi pelarian. Daripada jumlah itu, 1.5 juta kini berlindung di Lubnan dan wilayah Arsal antara kawasan tumpuan pelarian terjejas.
Selain Mohd Fauzan, lima wakil MVM lain adalah Nusrah Rabiha Yunus, Mohd Hairuddin Latib, Mohd Hasbullah Najib, Mohd Fadli Mohd Noor dan Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, manakala GPM diwakili Syahrir Azfar Saleh dan Mohd Asril Syahril serta Muhammad Fuad Matahir dari WeCare Brunei.
Mohd Fauzan yang pertama kali ke Lubnan berkata, bantuan yang mereka bawa hanya mencukupi untuk 12,000 pelarian Syria ketika keperluan bantuan ketika musim sejuk amat kritikal di Arsal, Lubnan.
“Sasaran RM500,00 masih belum dicapai. Mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh menyalurkan dana melalui misi musim sejuk ini. Bantuan kalian akan disalurkan terus kepada pelarian Syria di Lubnan,” katanya.
Individu atau pihak korporat yang ingin menyumbang boleh menyalurkan dana ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) Maybank: 56480 164 7699 atau klik pautan http://bit.ly/wintersyria4 — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager