Tepat jam 6.30 petang ini, buat pertama kalinya dalam sejarah dunia penyiaran atau setidak-tidaknya sejarah TV AlHijrah, sebuah produksi drama “in-house” akan ke udara menemui penonton di Malaysia.
Berjudul “Boss… Mama Kirim Salam” (BMKS), drama 36 episod selama 30 minit yang akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat 6.30 petang bermula 6 Februari (hari ini), bukanlah drama biasa-biasa kerana ia lahir dalam situasi industri yang luar biasa.
Apa yang saya maksudkan dengan luar biasa ialah keadaan industri penyiaran (baca: media) yang amat mencabar ketika ini sehingga ribuan kakitangan industri hilang punca pendapatan dek cabaran media sosial yang pantas, murah dan percuma!
Dalam tempoh kurang setahun ini, lebih 1,500 wartawan, editor, penerbit, jurukamera dan jurugambar yang diberhentikan atau ditawarkan skim berhenti kerja sukarela, bagi membolehkan organisasi media terus bernafas dalam letusan lumpur digital ini.
Situasi media sekarang amat mencabar dengan ramai penonton beralih kepada media digital yang lebih murah dan percuma (sebenarnya berbayar menerusi data yang dibayar kepada Telco) menyebabkan pengiklan beralih kepada gergasi Facebook dan Google.
Dengan kata lain, stesen-stesen TV tempatan tidak lagi semewah suatu ketika dulu dan pendapatan semakin menurun. Ini juga bermakna bajet yang ada untuk melabur atau membeli program-program televisyen baharu semakin terhad.
BMKS bagaimanapun adalah sebuah drama “in-house” yang lahir daripada kekangan itu ketika stesen TV Islamik AlHijrah berusaha untuk menepati kehendak penontonnya yang setia dengan mengekalkan amalan patuh syariah.
Dalam catatan di Facebook, Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah), Namanzee Harris, ada menulis tentang drama BMKS dengan tajuk catatan itu adalah “luxury is the enemy of innovation” (kemewahan adalah musuh kepada inovasi).
Jujurnya, BMKS arahan Wan Hussain Ismail adalah manifestasi kepada apa yang digarapkan dalam tulisan pengemudi stesen TV Islamik itu bahawa dengan kekangan yang ada, tidak seharusnya menghalang kita untuk berkarya dan menyajikan apa yang penonton dambakan.
Ia juga bukan suatu yang understatement untuk mengatakan ia adalah “eksperimentasi marhaen” stesen TV Islamik jika dibandingkan dengan TV tempatan lain yang lebih gergasi dari segi bajet dan kapasiti.
“Genre drama ini adalah romantik komedi, drama ringan,” kata Wan Hussain yang juga kakitangan otai di TV AlHijrah yang mula beroperasi sejak 10 tahun lalu.
Dalam temubual di belakang tabir BMKS, Wan Hussain berkata idea dan konsep asal drama ini lahir dari tim TV AlHijrah yang diketuai Namanzee.
Apa yang mungkin membanggakan kami di TV AlHijrah adalah drama yang “bukan kisah cinta semata-mata” adalah ia menceritakan tentang petugas di stesen TV Islamik yang sepenuhnya berlatarkan stesen penyiaran digital TV AlHIjrah di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
Boss… Mama Kirim Salam adalah gambaran tentang kehidupan kami di AlHijrah yang cuba dikongsikan dengan penonton di luar sana.
Drama BMKS ini juga dilahirkan dengan keyakinan TV AlHijrah bahawa genre drama mampu mengikat audiens, khususnya penonton wanita yang mewakili 58 peratus populasi audiens TV AlHijrah.
“Drama jalan terbaik untuk mendapatkan audiens, jalan terbaik untuk sebarkan dakwah juga melalui drama,” kata Namanzee yakin produksi drama “in-house” yang dijayakan tim produksi dan puluhan kakitangan AlHijrah ini mampu mencipta kelainan.
Drama BMKS menampilkan empat pelakon utama iaitu Qazem Nor sebagai Baihaqi, Carolina Binur (Azra), Nina Fazurina (Kayla) dan Zee Khan Hussein (Laila) dengan seratus peratus tenaga produksi dan pelakon tambahannya terdiri daripada kakitangan AlHIjrah.
Ianya mengisahkan tentang percintaan, dilema, suka duka dan kehidupan seorang pembantu penerbit bernama Azra di sebuah stesen TV Islamik yang turut teruji dengan cabaran kerja, individu, keluarga dan kehidupan dalam mengejar cinta dan cita-cita seorang wanita bekerjaya.
Akhirnya, drama romantik komedi ini juga adalah pertaruhan eksperimentasi TV AlHijrah untuk melihat sejauh mana pematuhan syariah dan budaya popular dapat bergerak seiring.
Apa yang lebih penting, bagaimana BMKS mampu menyentuh hati-hati penonton di luar sana, khususnya kaum hawa.
Buat penonton TV AlHijrah, drama ini adalah pertaruhan kami untuk memenangi hati kalian dan hadiah di atas kesetiaan tidak berbelah bagi selama ini.
Nantikan Boss… Mama Kirim Salam setiap Khamis dan Jumaat jam 6.30 petang hanya di #TVKITAUNTUK SEMUA — AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita dan Penerbit AlHijrah Media Corporation
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked