Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10,000 HILANG PEKERJAAN AKIBAT PROTES DI LUBNAN

DUNIA

10,000 HILANG PEKERJAAN AKIBAT PROTES DI LUBNAN

BEIRUT: Gabungan Umum Pekerja Lubnan (CGTL) berkata 10,000 pekerja hilang punca pendapatan, manakala 60,000 kakitangan berdepan potongan gaji 50 peratus ekoran protes dalam negara berterusan, demikian menurut laporan media tempatan.

Beberapa ahli perniagaan mengambil kesempatan terhadap krisis itu untuk memecat kakitangan dan membuat lebih keuntungan dengan mengurangkan bajet, kata Naib Presiden CGTL, Hassan Fakih dipetik portal berita Elnashra.

Fakih menyeru ahli perniagaan lebih berusaha untuk mengekalkan pekerja bagi mengelakkan krisis sosial yang lebih teruk.

Lubnan dibelenggu protes berbulan-bulan di seluruh negara di tengah-tengah kekurangan dolar Amerika Syarikat menyebabkan kerugian besar kepada perniagaan tempatan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 10,000 HILANG PEKERJAAN AKIBAT PROTES DI LUBNAN – Viral Meletop

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading