Datuk Ustaz Syarhan ketika menyampaikan tazkirah Ihya Ramadan di Shah Alam semalam. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM – Pengamalan sihir di Malaysia diibaratkan seperti
‘cendawan tumbuh selepas hujan’ terutamanya di negeri yang berdekatan
dengan sempadan Thailand dan Indonesia memandangkan ilmu sihir di negara
berkenaan adalah first class.
Pakar perubatan Islam, Datuk Ustaz Sharhan Shafie berkata, pengamalan
sihir di negara-negara berkenaan boleh dikatakan dalam kategori hebat
memandangkan ramai pesakit yang mendapatkan khidmat perawatan Islam
daripada mengalami keadaan yang teruk seperti muntah darah dengan
keluarnya barangan tajam seperti paku dan kaca.
Justeru, beliau
berpesan kepada masyarakat di negara ini yang menghadapi situasi seperti
di atas supaya tidak mudah mencari bomoh atau perubatan alternatif
secara membuta tuli.
“Saya berpesan kepada mereka yang sakit jangan terburu-buru mencari bomoh kerana takut tersalah pilih.
“Pesakit
mengharapkan mereka memilih permata sedangkan ia kaca yang membunuh dan
jangan terlalu ghairah apabila mendapat maklumat mengenai bomoh itu
hebat bomoh ini hebat,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan
tazkirah bertajuk Aku Sakit ALLAH SWT Penyembuh dalam program Ihya’
Ramadan di sini semalam.
Beliau berkata, selidik terlebih dahulu latar belakang perubatan alternatif itu kerana jika tersilap buruk akibatnya.
“Selidik
tentang bagaimana perawat berkenaan mendapat ilmu untuk merawat. Adakah
melalui mimpi dan jika ia benar itu adalah bahaya.
“Jika
sebaliknya kita perlu tengok kepada pengajiannya adakah perawat itu
menuntut ilmu perubatan alternatif di India atau Mesir selama
bertahun-tahun, jika ya ia boleh terima,” katanya.
Dalam masa sama, beliau berkata, sebagai manusia kita perlu berada di
pihak yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan kerana mata manusia
tidak boleh melihat jin dan sebaliknya.
“Ayat yang paling hebat
untuk mengatasi ilmu sihir ini adalah daripada surah Hud ayat 57 dan
kepada mereka yang terkena ilmu sihir boleh mengamalkan ayat ini.
“Takutlah
kamu akan doa mereka yang terkena sihir dan yang dizalimi ini diterima
tanpa hijab. Semoga mereka yang terkena sihir bersabarlah dan didoakan
ada kesembuhan buat mereka,” katanya.
Beliau turut menasihatkan masyarakat di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar menerusi alam maya seperti di Facebook kerana ramai yang menggunakan ilmu sihir dengan kaedah moden. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager