Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANGGUH HAJI: PENGUSAHA BARANGAN HAJI DAN UMRAH REDA, ANGGAP TIADA REZEKI

DALAM NEGARA

TANGGUH HAJI: PENGUSAHA BARANGAN HAJI DAN UMRAH REDA, ANGGAP TIADA REZEKI

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menangguhkan ibadat haji bagi musim 1441H bukan sahaja memberi khabar duka buat bakal jemaah, malah pengusaha jualan barangan haji dan umrah juga terkesan dengan pengumuman itu.

Pengumuman tersebut semestinya memberi impak besar kepada hasil pendapatan mereka yang sedia ada merudum sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut pengusaha jualan barangan haji dan umrah yang ditemui Berita Alhijrah, Noraini Mustafa, apa yang mampu dilakukannya ketika ini adalah berdoa agar keadaan segera pulih seperti sedia kala.

“Kalau nak cerita dari segi perniagaan memang terjejas teruk. Jualan menurun kira-kira 70 peratus daripada sebelum ini.

“Tapi tidak apa, saya fikir ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan saya sentiasa berdoa semoga ada sinar di kemudian hari,” kata Noraini.

Katanya bagi mengharungi saat getir ketika ini, dia mengambil inisiatif menjual produknya secara atas talian dengan menawarkan barangan seperti telekung, dan jubah.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan ibadah haji untuk musim 1441H ditangguhkan ke tahun hadapan.

Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei. — AlHijrah Online / Zamir Akmal Zambri


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading