Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI DIBENAR DIAMALKAN DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI DIBENAR DIAMALKAN DI MALAYSIA

PUTRAJAYA: Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan diamalkan di negara ini seperti yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-117 pada tahun 2020.

Datuk Wan Zahidi Wan Teh

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata tarekat tersebut dibenar diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat selepas kajian semula dibuat.

“Oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah ini tidak lagi terpakai.

“Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan keputusan ini, ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 pada 3 April 2000 memutuskan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. – AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading