SIMPANG PULAI: Sekali pandang, sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai ini nampak seperti tapak pelupusan sampah.
Namun, rumah yang dipenuhi dengan timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan sebenarnya dihuni seorang warga emas.
Tekanan perasaan dikatakan punca pesara guru berusia lingkungan 60-an itu keluar berbasikal setiap hari mengutip sampah di premis-premis berhampiran untuk dibawa balik.
Malah longgokan sampah itu dilihat telah menutupi pintu rumahnya dan warga emas tersebut akan memanjat bukit sampah setinggi 1.5 meter tersebut untuk masuk dan keluar dari rumah dua tingkat miliknya.
Hobi pelik wanita terbabit menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan jiran-jiran ekoran bau busuk serta bimbang dengan jangkitan penyakit.
Menurut penduduk, Zakaria Mohd. Saad, mereka telah membuat banyak aduan kepada pihak polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung masalah itu.
“Susahlah, kita duduk sini susah, nyamuk banyak penyakit banyak, tahulah rumah dia tapi sudah sampai ke luar jalan.
“Mana boleh macam ni sebab bau dan boleh sebabkan penyakit. Kami pun dah banyak buat laporan, bila sudah dibersihkan nanti dia kutip semula sampah-sampah tu,” katanya.
Pagi tadi, Exco Negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin turun padang meninjau kerja-kerja pembersihan melalui Operasi Penghapusan Kacau Ganggu MBI bagi membersihkan rumah terbabit.
Menurut Wan Norashikin, sebanyak lima lori dengan setiap satunya boleh memuatkan tujuh tan sampah terlibat dalam operasi pembersihan tersebut.
“Untuk jangka panjang pula kita telah berbincang juga dengan beliau tadi iaitu kita katakan hobinya atau pun kebiasaan dirinya yang mengutip barangan ini, saya dah bincang dengan pusat kitar semula dan dia boleh bawa sampah-sampah ke sana untuk kitar semula.
“Kalau dia nak membantu dia akan diambil untuk membantu pusat kitar semula ni lah, di tempat tu tapi bukan di sini lagi,” katanya.
Ujar Wan Norashikin, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan memberi khidmat kaunseling serta sedang mengesan tiga orang anak serta suaminya yang dipercayai tinggal berhampiran namun bertindak tinggal berasingan ekoran kegemaran mengutip sampah wanita itu. — AlHijrah Online / Hamimad Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests