JBPM RAI INDIVIDU, MEDIA PADA ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT KEBESARAN

Datuk Seri Mohammad Hamdan bersama sebahagian petugas media yang menerima Pingat Cemerlang Bomba.

PUTRAJAYA: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat mendahului senarai penerima pingat kebesaran pada majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

Adnan satu-satunya individu menerima Pingat Ketua Pengarah Bomba (PKP) untuk istiadat penganugerahan bagi 2019 itu.

Selain PKP, JBPM turut menganugerahkan Pingat Jasa Bomba (PJB), Pingat Setia Bomba (PSB) dan Pingat Cemerlang Bomba (PCB).

Pingat disampaikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

77 individu dianugerahkan PCB terdiri daripada pegawai daripada pelbagai bahagian yang telah memberikan sumbang bakti kepada kelangsungan jabatan selama dalam perkhidmatan.

16 pengamal media cetak dan elektronik turut menerima PCB pada sesi kali ini, termasuk Ketua Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV AlHijrah, Ardi Herman Mohd Mardzi.

“Terima kasih TV AlHijrah kerana sering menyumbang dalam usaha menaikkan imej korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.”

Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid,
Ketua Pengarah JBPM

Turut menerima anugerah PCB, wakil media dari Utusan Malaysia, The Star, Astro Awani, Sinar Harian, BERNAMA, BERNAMA TV dan China Press.

Istiadat dilaksanakan dengan pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19

Turut tersenarai, wakil dari NSTP, Berita Harian, Sin Chew Daily, TV3 dan RTM.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima pada istiadat ini adalah seramai 109. — AlHijrah Online

Leave a Reply