MKN: MAJLIS PERKAHWINAN DIBENARKAN DI KAWASAN PKPB

Sidang Media PKPP oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan majlis perkahwinan dalam kawasan yang dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, bagi tetamu di luar kawasan PKPB boleh menghadiri majlis perkahwinan di dalam kawasan itu.

MKN mengambil maklum tentang beberapa pasangan yang membatalkan majlis perkahwinan walaupun sudah dirancang, di dalam kawasan PKPB.

MKN membuat keputusan untuk membenarkan majlis perkahwinan dijalankan, dengan mengikut setiap SOP dan beberapa syarat baru ditambah.

“Bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan ianya perlu dilakukan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan jika diadakan di hotel ianya perlu dengan pengawasan daripada pihak pengurusan hotel.

“Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan (tiga anggota RELA), 300 hingga 500 jemputan (empat anggota RELA), dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis,” katanya.

Majlis akad nikah ketika PKP yang pertama di Perak - YouTube

Ismail Sabri berkata, untuk tetamu majlis dari luar kawasan untuk masuk ke dalam kawasan PKPB, perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan semasa melalui sekatan jalan raya.

SOP yang telah ditetapkan perlu dipatuhi seperti langkah penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, merekod dan memeriksa suhu badan dan memiminumkan kontak dekat.

Peraturan yang ditambah oleh MKN adalah pengambilan pengendali makanan di barisan bufet, ruang meja yang berjarak dua meter dan larangan mengambil gambar beramai-ramai.

PKP bersyarat dilaksanakan di empat kawasan, Klang di Selangor, Kota Kinabalu, Putatan dan Kota Kinabalu di Sabah.—AlHijrah Online.

Leave a Reply