Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB KLANG: PERLU SURAT KEBENARAN UNTUK KELUAR KAWASAN, MUAT TURUN DI FACEBOOK

DALAM NEGARA

PKPB KLANG: PERLU SURAT KEBENARAN UNTUK KELUAR KAWASAN, MUAT TURUN DI FACEBOOK

Sumber: Polis Klang Selatan

KLANG: Orang ramai perlu mendapatkan borang kebenaran polis bagi tujuan bekerja dan urusan penting untuk keluar dari kawasan Mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, borang kebenaran boleh dimuat turun di laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan, bertujuan membolehkan pemohon melepasi sekatan jalan di Bayu Perdana, Sri Andalas dan Bukit Tinggi dalam mukim Klang.

Borang kebenaran rentas daerah.
Sumber: Facebook Polis Klang Selatan

“Pihak polis akan sediakan sebuah balai polis bergerak, untuk menyenangkan urusan di kawasan ini untuk mengedar borang kebenaran, dan untuk tidak bersesak di balai polis dan perlu kemukakan borang daripada majikan.

“Pihak kami akan pertimbangkan sama ada permohonan itu dari perkhidmatan perlu atau tidak, sebelum kebenaran diberi”, katanya.

Tambahnya, polis berharap masyarakat di kawasan yang terlibat dengan PKPB boleh bekerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha mencegah pandemik itu.

Selari dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPB di Klang adalah untuk membendung penularan pandemik COVID-19, yang akan dilaksanakan selama 14 hari bagi mengesan kes secara bersasar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading