Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPB KLANG: 36 KAWASAN BERMULA JAM 12:00 TENGAH MALAM INI

DALAM NEGARA

PKPB KLANG: 36 KAWASAN BERMULA JAM 12:00 TENGAH MALAM INI

SHAH ALAM: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang akan bermula jam 12 tengah malam ini, sebagai mana diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Sehubungan itu, pelbagai persediaan dibuat polis Klang Selatan seperti melaksanakan sekatan dan penutupan jalan keluar masuk daerah Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata mana-mana individu berkaitan boleh bersedia untuk mendapatkan surat kebenaran dari pihak polis.

“Buat masa ini, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke kawasan lain di daerah Klang setakat ini namun ia tertakluk kepada perubahan semasa,” kata Shamsul Amar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, SOP yang ditetapkan oleh MKN, untuk semua sektor ekonomi terus berkuat kuasa dengan pematuhan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).

Kawasan-kawasan yang akan dilaksanakan PKPB dalam Mukim Klang adalah:

Bandar Bukit Tinggi, Kg Johan Setia, Kg Bukit Naga, Kg Perigi Nenas, Kg Kuantan, Kg Serdang, Bandar Puteri, Kg Sungai Kandis, Taman Sri Andalas, Lorong Sungai Udang, Taman Suria Mutiara, Bukit Raja, Bandar Klang, Ken Jimbaran, Pangsapuri Bukit Kuda, dan Pangsapuri Palm Garden.

Turut tersenarai, Taman Andalas Permai, Taman Desa Meru, Taman Seri Lembayung, Taman Gembira, Kg Delek Kiri, Taman Kim Batu Belah, Kg Sungai Udang, Taman Klang Perdana, Taman Bayu Perdana, Taman Klang Utama, Taman Sentosa, Taman Pendamar Indah, Jalan Dato Dagang, Taman Sejati, Jalan Haji Tarmizi, Taman Setia, Jalan Kebun, Taman Sri Muda, Jalan Muhibbah dan Taman Tenaga Bakti.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading