Connect with us

ALHIJRAH NEWS

Tentera Zionis serang jemaah selepas berterawih di al-Aqsa

DUNIA

Tentera Zionis serang jemaah selepas berterawih di al-Aqsa

Foto Haluan Palestin.

BAITULMAQDIS, 9 Mei 2019 — Tentera penjajah Zionis menyerang ratusan ahli jemaah di kawasan Pintu al-Asbat dan al-Amoud di kota Baitulmaqdis, selepas mereka selesai bersolat terawih di Masjid al-Aqsa malam tadi.

Tentera menyerang para jemaah, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas, yang baru keluar dari masjid dan berada di Dataran al-Amound dengan membaling bom gas pemedih mata. Para jemaah dihalau beredar dari situ, tanpa sebarang alasan.

Tiga ahli jemaah ditangkap.

Tentera Zionis turut mengejar penduduk Palestin di kawasan al-Misrara dan Jalan Sultan Sulaiman serta membaling gas pemedih mata ke arah mereka. – Haluan Palestin


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top