TIADA ADUAN KEROSAKAN MESIN PENAPIS AIR MILIK SITI BAINUN – SAKSI
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Bekas juruteknik penyelenggara sebuah syarikat penapis air, Azrin Aisyah Mohd Razi, 32, berkata jika ada sebarang kerosakan atau aduan, pelanggan akan melaporkan kepada rakan sekerjanya atau melalui talian penting.
“Tetapi tiada aduan dan laporan dalam sistem rekod (syarikat),” kata saksi pendakwaan ke-21 itu semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Sebelum ini peguam Siti Bainun mencadangkan kepada saksi lain dalam perbicaraan kes itu bahawa dakwaan Bella dicurah air panas adalah rekaan semata-mata kerana penapis air di rumah anak guamnya rosak sejak Mac 2021.
Sementara itu, juruteknik syarikat penapis air sama, Mohamed Rezuan Satori, 25, berkata beliau pergi ke kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju pada 24 Mei tahun lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air selepas menerima laporan daripada Siti Bainun mengenai masalah kebocoran.
Katanya mesin penapis air berfungsi dengan baik walaupun terdapat kebocoran pada adaptor (kepala paip) pada singki dan beliau menukar adaptor baharu berikutan air menitik pada bahagian adaptor.
“Apabila masuk ke unit kondominium itu, saya lihat ada lebih kurang lima kanak-kanak berada di situ.
“Saya terus membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air itu serta melakukan kerja-kerja penukaran yang mengambil masa 30 minit,” kata saksi pendakwaan ke-22 itu.
Diminta membuat pengecaman ke atas Siti Bainun, Mohamed Rezuan berkata:”Dia (Siti Bainun) duduk sebelah ‘kakak’ yang pakai tudung biru”, namun saksi itu kemudian memberitahu beliau rabun jauh dan Hakim Izralizam Sanusi mengarahkannya untuk memakai cermin mata.
“Cermin mata saya tertinggal di dalam kereta,” kata Mohamed Rezuan menyebabkan hakim meminta saksi untuk pergi ke kandang tertuduh bagi membuat pengecaman ke atas Siti Bainun dan saksi kemudian mengenal pasti individu itu adalah Siti Bainun.
Perbicaraan bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked