TIADA HALANGAN CALON HADIR KE SURAU, MASJID NAMUN TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN
Tiada halangan untuk calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk beribadah atau menghadiri sebarang program serta aktiviti dianjurkan ahli jawatankuasa surau atau masjid di Melaka.
MELAKA: Tiada halangan untuk calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk beribadah atau menghadiri sebarang program serta aktiviti dianjurkan ahli jawatankuasa surau atau masjid di Melaka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Bagaimanapun, katanya calon adalah dilarang sama sekali menggunakan masjid, surau dan sekolah agama negeri itu bagi tujuan berkempen, seperti yang diarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum ini.
“Untuk datang menunaikan solat tentunya tiada masalah, tetapi kita jangan salah gunakan rumah ibadah ini untuk platform berpolitik kerana ia tidak sesuai. Kita perlu tinggalkan semuanya di luar atau rumah seketika, kerana masjid atau surau semuanya datang daripada latarbelakang yang berbeza,” katanya.
“Sekiranya kita dijemput penganjur atau komuniti untuk sebarang program atau aktiviti datanglah dan tiada siapa yang menghalang, kalau tidak dijemput kita faham-faham sahajalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.
Semalam media melaporkan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa, beliau dihalang menyertai program bersama kariah di sebuah surau di kawasan berkenaan, serta mendakwa kehadirannya bukan bersifat politik namun untuk memeriahkan aktiviti gotong-royong.
Terdahulu, Sulaiman menyampaikan bantuan kewangan bagi pembaikan penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan rumah ibadat selain Islam di Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) VP Shanmugan dan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.