Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA ISTILAH KLUSTER KAYANGAN, SEMUA INDIVIDU DILAYAN SAMA RATA – TIMBALAN MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

TIADA ISTILAH KLUSTER KAYANGAN, SEMUA INDIVIDU DILAYAN SAMA RATA – TIMBALAN MENTERI AGAMA

KOTA BHARU: Tiada istilah kluster kayangan atau golongan atasan, sebaliknya semua individu dilayan sama rata dalam soal kehadiran jemaah ke masjid semasa tempoh pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, semua pihak sepatutnya sedia maklum mengenai prosedur operasi standard (SOP) masjid yang mengehadkan bilangan jemaah dalam satu-satu masa.

ARTIKEL BERKAITAN – HORMATI KETETAPAN MASJID KEKANG COVID-19

“Selain daripada SOP, yang lebih penting, pihak masjid perlu ada budi bicara, jangan hanya melayan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

“Jadi, bagi pentadbiran Hal Ehwal Agama, tidak ada kluster-kluster kayangan, semua dilayan sama rata sahaja,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan juga wang tunai kepada 25 pengayuh beca dalam Program YADIM Peduli, Musaadah YADIM-Bank Islam di Dataran Muhammadi, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN – SEJUMLAH KUOTA DIPERUNTUKKAN UNTUK JEMAAH DAFTAR AWAL, MAKLUM WAKTU KETIBAAN

Tambah Marzuk, pihaknya dalam proses mengenal pasti permasalahan sebenar yang berlaku semasa kejadian jemaah tidak dibenarkan masuk untuk solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya semalam.

Ujarnya, kementeriannya juga memohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan penjelasan masjid tersebut sekiranya masjid itu berada di bawah pentadbiran agensi berkenaan.

Marzuk mengulas sebuah video yang tular mengenai jemaah tidak dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat selepas pegawai Masjid Putra, Putrajaya bertindak menutup pintu pagar utama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SEJUMLAH KUOTA DIPERUNTUKKAN UNTUK JEMAAH DAFTAR AWAL, MAKLUM WAKTU KETIBAAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading