Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HORMATI KETETAPAN MASJID KEKANG COVID-19

DALAM NEGARA

HORMATI KETETAPAN MASJID KEKANG COVID-19

YAN: Semua pihak harus menghormati garis panduan ditetapkan pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya yang mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengekang penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, pihak masjid mempunyai kuota yang ditetapkan bagi kehadiran jemaah solat Fardhu dan Jumaat di masjid tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – TIADA ISTILAH KLUSTER KAYANGAN, SEMUA INDIVIDU DILAYAN SAMA RATA – TIMBALAN MENTERI AGAMA

“Disiplin dia, termasuk saya sendiri sebagai menteri, saya perlu memaklumkan kepada pegawai saya untuk mendaftarkan diri untuk pergi solat di masjid.

“Bidang kuasa ini, walaupun telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), tapi apabila melibatkan hal agama, kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Ketua Agama Negeri, Duli Yang Maha Mulia Sultan,” katanya selepas meninjau kesan banjir di Pusat Rekreasi Titi Hayun, di sini hari ini.

Semalam tular sebuah video mendakwa terdapat jemaah solat Jumaat tidak dibenarkan masuk selepas pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya menutup pintu pagar utama.

ARTIKEL BERKAITAN – SEJUMLAH KUOTA DIPERUNTUKKAN UNTUK JEMAAH DAFTAR AWAL, MAKLUM WAKTU KETIBAAN

Bagaimanapun, Masjid Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak masjid memperuntukkan sejumlah kuota kepada jemaah tetap yang sudah mendaftar lebih awal serta menetapkan masa untuk hadir ke masjid bagi memudahkan pihak pengurusan memastikan had jemaah mengikut kebenaran.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading