TIADA KESELAMATAN UNTUK ORANG AWAM DI GAZA – BADAN KEMANUSIAAN PBB
Tiada tempat selamat untuk orang awam di Gaza, dengan lebih 80 peratus Semenanjung Gaza berada di bawah arahan pemindahan Israel, kata badan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
NEW YORK: Tiada tempat selamat untuk orang awam di Gaza, dengan lebih 80 peratus Semenanjung Gaza berada di bawah arahan pemindahan Israel, kata badan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menurut laporan Xinhua.
Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata di platform media sosial X, “Tiada zon kemanusiaan apatah lagi ‘zon selamat.'”
Beliau menyeru agar arahan pemindahan yang mengelirukan serta pembunuhan orang awam dihentikan, sambil memberi amaran yang setiap hari tanpa gencatan senjata membawa lebih banyak tragedi.
Sementara itu, Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata tentera Israel mengarahkan pemindahan besar-besaran di Gaza, dengan alasan serangan roket ke Israel. Analisis awal menunjukkan arahan baharu itu melibatkan kawasan seluas kira-kira tiga kilometer persegi di kawasan utara Gaza dan kawasan Deir al Balah. Serangan dilaporkan berlaku di kawasan Al Mawasi, yang orang awam diarahkan berpindah untuk berlindung.
“Lebih 80 peratus Semenanjung Gaza berada di bawah perintah pemindahan Israel yang tidak ditarik balik. Dalam situasi ini, OCHA memberi amaran yang keupayaan organisasi kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan di seluruh Gaza semakin terhad,” kata OCHA.
Sekatan paling ketat terhadap pergerakan kemanusiaan direkodkan bulan lalu, termasuk halangan untuk mengakses kawasan sempadan bagi mengumpul bekalan, menyekat penghantaran barangan dan perkhidmatan atau menilai keperluan di Gaza. Secara keseluruhan, 39 peratus percubaan PBB untuk memindahkan pekerja bantuan di Gaza ditolak oleh pihak berkuasa Israel, manakala 18 peratus lagi terganggu atau dihalang.
Akses ke kawasan yang terkepung di utara Gaza dinafikan sejak 6 Okt. Menurut OCHA, daripada 166 percubaan, 150 ditolak, manakala 16 lagi pada mulanya diluluskan tetapi kemudian terganggu atau dihalang. Akses ke hospital yang masih beroperasi di utara adalah antara keutamaan utama.
Menurut OCHA , di Tebing Barat agensi itu bersama UNRWA dan rakan agensi kemanusiaan lain menilai kesan operasi Israel di kem pelarian Tulkarm dan Nur Shams minggu lalu. Mereka melawat kawasan itu pada Selasa dan menganggarkan lebih 1,000 unit rumah dan kira-kira 100 kedai rosak akibat letupan atau jentolak. Lebih 20 keluarga melibatkan lebih 90 orang terpaksa berpindah.
Kerosakan infrastruktur turut menyebabkan gangguan kepada bekalan elektrik, air dan rangkaian pembetungan. OCHA menggerakkan bantuan kemanusiaan dengan menghantar air melalui lori kepada penduduk.
Penilaian di Tebing Barat itu akan membantu menentukan langkah seterusnya, termasuk pemasangan tangki air baharu, pembersihan sistem pembetungan dan pengagihan kit kebersihan serta bantuan wang tunai kecemasan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests