TIADA KETERANGAN SAKSI IBU BAPA ABAI ZAYN RAYYAN – PEGAWAI PENYIASAT
Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bahawa tiada sebarang keterangan daripada 27 saksi pendakwaan, yang menyatakan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin pernah mengabaikan kanak-kanak autistik itu, dua tahun lepas.
Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bagi sambung bicara kes pengabaian yang dihadapi mereka terhadap kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu. –fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bahawa tiada sebarang keterangan daripada 27 saksi pendakwaan, yang menyatakan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin pernah mengabaikan kanak-kanak autistik itu, dua tahun lepas.
ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang ketika kejadian bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, memberikan keterangan itu semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan pada hari ke-19 perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa mangsa Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Zayn Rayyan bukan mangsa penderaan dan tidak diabaikan berdasarkan laporan perubatan.
Haresh Mahadevan : Adakah ASP tahu daripada 27 saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, tiada seorang saksi pun yang menyatakan di mahkamah bahawa mereka ada melihat tertuduh pertama (Zaim Ikhwan) dan tertuduh kedua (Ismanira) ataupun mereka bersama-sama mengabaikan Zayn Rayyan pada 5 dan 6 Dis 2023, tiada satu orang pun.
Mohd Hafizee: Saya tidak pasti.
Haresh Mahadevan: Mengikut siasatan anda saksi mana yang cakap, tahu ke? dan Mohd Hafizee menjawab “Tiada saksi”.
Saksi pendakwaan ke-28 itu turut bersetuju bahawa tiada keterangan daripada 27 saksi pendakwaan yang memberi keterangan di mahkamah, melihat kedua-dua tertuduh berada di kawasan sungai berdekatan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, iaitu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.
Haresh Mahadevan: Daripada 27 saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, saksi yang mana satu yang melihat kedua-dua tertuduh berada di kawasan sungai tersebut?.
Mohd Hafizee: Tiada.
Ismanira dan Zaim Ikhwan, 30, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.
Perbicaraan bersambung petang ini. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests