TIADA KOMPROMI DALAM DAKWAAN SALAH LAKU DBKL – DR ZALIHA
PUTRAJAYA: Tiada kompromi bagi perkara yang melibatkan salah laku tatakelola sehingga menjejaskan aspek integriti di Wilayah Persekutuan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa bercakap pada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Pertanian Bandar Dan Kelulut Putrajaya 2025 di Taman Botani hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Tiada kompromi bagi perkara yang melibatkan salah laku tatakelola sehingga menjejaskan aspek integriti di Wilayah Persekutuan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Merujuk kepada dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta, Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
“Siasatan dalaman sedang dijalankan, kalau tidak bersalah tiada masalah, tetapi jika terkait maka kita akan ambil tindakan seterusnya.
“Tidak mengapa kalau beliau menafikan tuduhan tersebut (kerana) itu haknya, tapi kita dari sudut tatakelola jabatan dan agensi, kita kena jalankan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya di Taman Botani, Presint 1 di sini hari ini.
Pada 28 Jan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengesahkan DBKL melancarkan siasatan dalaman itu dengan kerjasama unit integriti DBKL.
Dakwaan salah laku itu sebelum ini tular di media sosial, membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.
Bagaimanapun, ahli lembaga penasihat DBKL itu semalam menerusi laman Instagramnya memuat naik kenyataan yang menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa jua unsur salah laku dalam perolehan projek itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager