Jadual penerbangan terakhir ke Madinah ialah pada Rabu ini melibatkan rombongan KT22 manakala rombongan seterusnya (KT23) akan mula mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bermula 20 Jun ini.
MAKKAH: Tiada sebarang penerbangan membawa jemaah haji Malaysia akan mendarat di Madinah selepas Rabu ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Katanya, jadual penerbangan terakhir ke Madinah ialah pada Rabu ini melibatkan rombongan KT22 manakala rombongan seterusnya (KT23) akan mula mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bermula 20 Jun ini.
“Setakat ini seramai 4,670 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci menerusi 17 penerbangan. Seramai 2,986 jemaah pula kini masih berada di Madinah manakala 1,684 telah berada di Makkah.
“Jemaah yang telah memakai ihram dari tanah air lagi akan dibawa ke Makkah untuk melakukan umrah pertama, ” katanya kepada pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah, Abraj Al Janadriyah, di sini.
Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata TH telah melakukan persediaan sebaiknya dalam berdepan dengan pelbagai kemungkinan akibat penularan COVID-19 dalam kalangan petugas dan jemaah.
Katanya, meskipun bakal berdepan dengan situasi luar jangka, TH telah mengambil langkah pencegahan awal dengan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk segera melakukan saringan ke atas mereka yang menunjukkan simptom wabak itu.
“Memandangkan suasana COVID-19 masih lagi berleluasa, maka kita buat persiapan untuk sebarang kemungkinan jika berlaku jangkitan dalam kalangan jemaah dan petugas. Kita sediakan pusat rawatan dan rehat atau wad isolasi untuk mereka yang dijangkiti.
“Kemudahan itu disediakan di setiap bangunan penginapan dan daripada tiga buah bangunan penginapan jemaah, sebanyak 200 katil telah dipersiapkan,” katanya.
Tambah beliau, pusat kesihatan TH bukan sahaja disediakan di Makkah tetapi juga di Madinah malah setiap maktab (penginapan) telah disediakan pasukan petugas yang terdiri daripada jururawat dan doktor.
“Di Makkah kita juga telah mewujudkan klinik di setiap maktab (penginapan) yang mempunyai kira-kira 2,300 hingga 2,400 jemaah haji.
“Klinik kesihatan ini juga antara usaha untuk menjaga kesihatan jemaah haji tetapi jika mereka memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lebih rapi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager