TIADA TINDAKAN LANJUT TERHADAP 47 PERTUDUHAN AHMAD ZAHID
Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (nfa) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (nfa) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut kenyataan AGC hari ini, keputusan itu sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan, selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa keputusan diambil adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Sept 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Menurut AGC, berikutan keputusan DNAA tersebut, siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana berkenaan.
Ia termasuk perkara-perkara dibangkitkan menerusi enam representasi yang dikemukakan kepada jabatan itu selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.
“Setelah meneliti keseluruhan bahan dan keterangan baharu diperoleh hasil daripada siasatan lanjut dan penelitian tersebut, jabatan ini berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut,” menurut AGC.
Menurut AGC, penelitian dibuat dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut iaitu skop dan fokus siasatan pada peringkat awal yang berkaitan secara langsung dengan pertuduhan difailkan.
Selain itu, pertimbangan dan penilaian dalaman pendakwaan yang telah direkodkan pada peringkat awal berhubung kesesuaian dan kecukupan keterangan bagi menyokong pendakwaan serta kebolehkekalan penerusan pendakwaan.
“Jabatan ini juga mengambil kira langkah-langkah siasatan lanjut dan terperinci yang kemudiannya dijalankan pihak SPRM bagi melengkapkan dan memperhalusi gambaran keseluruhan fakta, konteks dan keterangan baharu kes.
“…dan dapatan hasil siasatan lanjut tersebut merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan serta operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran dan sumbangan dana ke dalam yayasan berkenaan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
Pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests