Kebanyakan keluarga di Kampung Seberang Batu Badak, di sini, hanya mampu melihat kediaman mereka dinaiki dan digenangi air tanpa dapat melakukan apa-apa setiap kali datangnya musim Monsun Timur Laut (MTL).
SEGAMAT: Kebanyakan keluarga di Kampung Seberang Batu Badak, di sini, hanya mampu melihat kediaman mereka dinaiki dan digenangi air tanpa dapat melakukan apa-apa setiap kali datangnya musim Monsun Timur Laut (MTL).
Bagi Nur Sholihah Raja Shahrin, 29, keadaan lebih memeritkan apabila pada tahun ini sahaja sudah tiga kali dia dan keluarganya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Batu Badak.
Menurutnya kali pertama dia bersama suami, Aman Syafi Zainal, 28 dan anak mereka, Nia Aurora, 4, berpindah ke PPS ialah pada Januari lepas sebelum berpindah sekali lagi ketika banjir besar pada Mac.
“Memang meletihkan, belum sempat kami beli perabot dan ganti beberapa barangan yang rosak akibat banjir lepas, kini ia berlaku sekali lagi.
“Sebelum ini, banjir di kampung kami hanya berlaku sekali dalam setahun dan biasanya kami telah siap sedia, tetapi sejak kebelakangan ini banjir semakin kerap hingga tiga kali setahun,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Nur Sholihah lebih teruk apabila pada banjir yang lepas mereka sekeluarga terpaksa berlindung di PPS hingga sebulan sebelum air surut sepenuhnya dan keadaan betul-betul selamat.
Seorang lagi mangsa, Mohd Razali Mohd Hasbul, 48, berkata dia turut mengalami situasi sama setelah dipindahkan sebanyak tiga kali ke PPS pada tahun ini.
Mohd Razali, yang bekerja sebagai nelayan berkata selain keadaan rumah yang digenangi air, pendapatannya juga terjejas kerana tidak dapat bekerja kerana paras air Sungai Segamat tinggi dan berarus deras.
“Walaupun reda dengan keadaan ini, kami tetap berharap adanya tindakan yang sesuai daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di sini.
“Hujan lebat membuatkan air naik dan kami penduduk di sekitar Kampung Seberang Batu Badak dipindahkan ke PPS semalam dan hari ini air masih belum surut,” katanya.
Sementara itu, daerah Segamat merekodkan jumlah mangsa banjir sebanyak 33 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Batak dan Kampumg Sermin, setakat jam 12 tengah hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager