Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tiga lagi mayat Orang Asli ditemui

DALAM NEGARA

Tiga lagi mayat Orang Asli ditemui


Datuk Hasanuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Tiga lagi mayat yang disemadikan mengikut adat Orang Asli suku Bateq ditemukan semalam dipercayai antara 12 Orang Asli yang didakwa terkorban kerana penyakit misteri di Kuala Koh, Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dua mayat lelaki dan seorang perempuan itu ditemui kira-kira jam 4.30 hingga 5.00 petang semalam selepas penemuan rangka pertama di kawasan berkenaan.

“Mayat-mayat berkenaan ditemukan sekitar 600 meter dari khemah penempatan mereka. Mayat berkenaan diletakkan di atas pokok dan ditutup dengan tikar mengkuang.

“Penemuan tersebut selain dibantu pihak berkaitan ia juga dapat dikesan berpandukan pertolongan daripada ahli keluarga Orang Asli terbabit yang arif dengan keadaan hutan di sana,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai Safiah Papan, 18, Jais Keladi, 55, Fayah Papan, 19, manakala rangka pertama yang ditemui semalam adalah milik Din Hamdan, 18.

Menurut Hasanuddin lagi, mayat berkenaan berkemungkinan akan dikeluarkan hari ini untuk tindakan selanjutnya.

“Kita tidak boleh keluarkan begitu sahaja sebab ini melibatkan Orang Asli Bateq. Mereka ada ritual kaumnya sendiri, kita kena jaga dan hormati adab,” katanya.

Operasi pencarian hari kedua hari ini masih tidak menggunakan khidmat anjing pengesan kerana kepakaran yang dimiliki oleh Orang Asli di sana sudah dapat membantu mencari kedudukan mayat.

Namun begitu, beliau menyatakan kebimbangannya sekiranya ahli keluarga tidak mengingati kedudukan sebenar mayat-mayat berkenaan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading