Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LELAKI DIPERCAYAI DALANG KEPADA ‘KARTEL PEROLEHAN’ TLDM DITAHAN

DALAM NEGARA

TIGA LELAKI DIPERCAYAI DALANG KEPADA ‘KARTEL PEROLEHAN’ TLDM DITAHAN

Tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor petang tadi.

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor petang tadi.

Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang tadi.

Difahamkan tangkapan ke atas ketiga-tiga individu itu dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.

Sumber memaklumkan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.  

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya lagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading