TIGA LELAKI WARGA BANGLADESH DITAHAN TERLIBAT INSIDEN KEKECOHAN DI KAJANG
Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan di depan sebuah poliklinik swasta di Taman Prima Saujana di Kajang, Rabu lepas.
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan di depan sebuah poliklinik swasta di Taman Prima Saujana di Kajang, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata ketiga-tiga suspek berumur antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Sentul dan Setapak di sini, kira-kira 1.15 pagi tadi selepas menerima laporan berhubung insiden itu daripada pemilik poliklinik berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan laporan pemilik poliklinik itu, kejadian terbabit melibatkan dua kumpulan disyaki warga Bangladesh yang hadir ke kliniknya kira-kira pukul 6 petang, Rabu lepas untuk pemeriksaan kesihatan.
“Kedua-dua kumpulan ini dibawa oleh dua ejen berlainan yang juga warga Bangladesh. Semasa kedua-dua kumpulan berada di depan poliklinik, telah berlaku pertengkaran antara mereka sehingga kedua-dua kumpulan membawa keluar beberapa batang kayu hoki.
“Keadaan menjadi semakin tegang sehingga berlaku tolak-menolak antara mereka dan seorang daripada suspek telah masuk ke dalam poliklinik itu sehingga menyebabkan staf poliklinik itu menjerit dan menghalau keluar kesemua warga asing dari situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Video insiden berkenaan turut dikongsi dalam media sosial menerusi aplikasi TikTok bertajuk “sekumpulan warga asing bawa kayu hoki serang wanita”.
Mohd Zaid berkata berdasarkan siasatan, kekecohan itu berpunca daripada perebutan pelanggan antara ejen untuk pemeriksaan kesihatan dan tiada kejadian kumpulan warga asing itu menyerang wanita seperti yang tular melalui media sosial.
Beliau berkata kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan telah dibawa ke Mahkamah Kajang serta direman selama empat hari mulai hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mohd Zaid turut menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam kerana jika didapati bersalah, tindakan undang-undang boleh dikenakan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager