Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU

DALAM NEGARA

TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mereka yang maut terdiri daripada Nur Azalea Zakiah Jiben, 44; Ariana Juana Helda, 22; dan Simon Hiu, 39, semuanya menaiki Perodua Alza.

BINTULU: Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga tan di Jalan Pesisir Pantai-Samalaju, kira-kira 29 kilometer dari sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mereka yang maut terdiri daripada Nur Azalea Zakiah Jiben, 44; Ariana Juana Helda, 22; dan Simon Hiu, 39, semuanya menaiki Perodua Alza.

“Dua lagi penumpang Perodua Alza iaitu Roslan Langga, 52, dan Ningkan Chalana, 50, dilaporkan parah manakala pemandu lori Hessmans Rawing Judin, 41, patah kaki, dan dua kelindannya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Samalaju bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi, dan sebaik tiba, mangsa didapati terperangkap dalam kenderaan berkenaan.

Usaha mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan dengan menggunakan alat menyelamat sebelum mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat pada 8.18 pagi. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading