Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA PEMIMPIN TERTINGGI KUMPULAN PEJUANG ISLAM ADAKAN PERBINCANGAN

DUNIA

TIGA PEMIMPIN TERTINGGI KUMPULAN PEJUANG ISLAM ADAKAN PERBINCANGAN

Pertemuan diadakan antara pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah, Ketua Kumpulan Jihad Islam, Ziyad al-Nakhalah dan pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri.

Hassan Nasrallah (kanan), Ziyad dan Saleh (kiri) ketika mengadakan pertemuan di satu lokasi rahsia di Lubnan. – Sumber gambar REUTERS

BEIRUT: Satu pertemuan antara Hizbullah bersama pemimpin kanan Hamas dan kumpulan Jihad Islam akan diadakan di satu lokasi rahsia di Lubnan.

Menurut laporan, pertemuan itu adalah bagi membincangkan perancangan untuk mencapai kemenangan penuh ke atas Israel dan menghentikan serangan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Pertemuan diadakan antara pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah, Ketua Kumpulan Jihad Islam, Ziyad al-Nakhalah dan pemimpin tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri.

Dalam pertemuan terbabit, pemimpin Hizbullah bersetuju dengan al-Arouri dan Ziyad mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil kumpulan pejuang anti-Israel berkenaan bersama dengan kelompok pejuang lain yang didukung Iran.

Bagaimanapun, tiada sebarang perincian lanjut mengenai perbincangan berkenaan.

Media melaporkan, ketika jumlah korban di Gaza semakin meruncing, ketegangan turut meningkat di sepanjang perbatasan Lubnan dan Israel, di mana anggota Hizbullah saling berbalas tembakan dengan tentera Israel sehari selepas Hamas menyerang negara itu.

Pada 2006, Hizbullah dan Israel berperang selama sebulan dan berakhir dengan situasi tegang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading