Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAKSANA MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DARI 29 OKT HINGGA 3 NOV

DALAM NEGARA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAKSANA MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DARI 29 OKT HINGGA 3 NOV

KPM memaklumkan pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid berkenaan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan memandangkan kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kandungan.

Gambar hiasan — fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah KPM bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. 

KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan program itu akan diadakan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara.

“Program itu bertujuan mendidik pelajar mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial,” menurut kenyataan itu.

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program dan akan disesuaikan berdasarkan garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat manakala aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid beragama Islam.

KPM memaklumkan pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid berkenaan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan memandangkan kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kandungan.

“Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam pendidikan sivik di sekolah,” menurut KPM.

KPM memaklumkan menerusi penganjuran program itu, pelajar turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya berkaitan kelestarian global. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading