TIGA SAUDARA DIREMAN BANTU SIASATAN KES LELAKI MAUT DICEKIK

IPOH: Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dicekik dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby, Sungai Senam di sini semalam.

Menurut laporan, perintah reman ke atas kesemua lelaki berusia 34 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas menerima permohonan pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki pertama adalah seorang peniaga berusia 34 tahun, lelaki kedua adalah bapanya yang merupakan seorang pesara berusia 60 tahun manakala lelaki ketiga pula seorang peniaga berusia 47 tahun yang juga saudara anak-beranak tersebut.

Terdahulu, kesemua mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi polis.

Semalam, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki kerana dikatakan mencuri pembesar suara. –AlHijrah Online

Artikel berkaitan – LELAKI MAUT DICEKIK KERANA PEMBESAR SUARA

Leave a Reply