Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINGKAH LAKU RASIS, KENYATAAN DISKRIMINASI TIADA TEMPAT DALAM MASYARAKAT – GOBIND

DALAM NEGARA

TINGKAH LAKU RASIS, KENYATAAN DISKRIMINASI TIADA TEMPAT DALAM MASYARAKAT – GOBIND

KUALA LUMPUR: Tingkah laku rasis, kenyataan diskriminasi, dan retorik yang memecahbelahkan tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata tindakan seperti ini bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga mengancam keharmonian kaum yang telah lama dipupuk di negara ini.

“Insiden seperti kes terbaru yang melibatkan pemilik gerai yang menggunakan kata-kata menghina terhadap komuniti India mesti ditangani dengan segera.

“Pada masa yang sama, saya menyeru para pemimpin masyarakat dan agama, serta seluruh rakyat Malaysia, untuk secara aktif mempromosikan keterangkuman dan rasa hormat antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya masyarakat negara ini perlu bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat yang mana setiap individu dilayan dengan penuh maruah, tanpa mengira kaum, etnik, atau agama.

Tegas Gobind perpaduan dan rasa hormat mesti sentiasa menjadi prinsip utama agar dapat terus membina Malaysia yang harmoni dan makmur untuk semua. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading