TREND ‘CHILDFREE’ TIDAK SELARI SUNNAH RASULULLAH – MOHD NA’IM
Trend ‘childfree’ dalam kalangan sesetengah pasangan suami isteri yang menganggap anak adalah satu beban, tidak selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
KUALA LUMPUR: Trend ‘childfree’ dalam kalangan sesetengah pasangan suami isteri yang menganggap anak adalah satu beban, tidak selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa gaya hidup berkenaan adalah makruh mengikut syarak.
“Berdasarkan hadis Nabi SAW, Rasulullah menyebut kahwinilah wanita yang penyayang, subur kerana Baginda berasa bangga dengan memiliki umat yang ramai.
“Kita tahu juga hadis nabi turut menyebut apabila mati anak Adam (manusia) itu maka terputus amalannya kecuali tiga iaitu sedekah jariyah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan ibu bapa…jadi berdasarkan kedua-dua hadis ini, saya menasihatkan generasi muda untuk memikirkan bahawa anak-anak ini bukanlah satu beban buat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program sembang santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ sempena sambutan Hari Bapa 2024 di sini hari ini.
Bagaimanapun Mohd Na’im berkata sekiranya pasangan itu merancang keluarga atas sebab kesihatan atau kewangan, ia tidak menjadi kesalahan.
“Yang saya faham childfree ini langsung tidak mahu anak sebab dia rasa anak beban dan mereka masih lagi nak merasa macam bujang, tidak bolehlah,” katanya.
Beliau turut meminta para doktor untuk memainkan peranan dengan memberikan nasihat dan saranan yang baik kepada pasangan khususnya yang berpegang kepada fahaman childfree.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Selasa lepas, pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan dan sebab yang dibolehkan syarak adalah haram.
Sementara itu Mohd Na’ im berkata program sembang santai berkenaan diadakan untuk mendidik anak muda dalam memainkan peranan sebagai suami atau isteri.
Sepanjang lebih 20 tahun menjadi Hakim dan Ketua Hakim di Mahkamah Syariah, Mohd Na’ im berkata antara masalah rumah tangga yang utama adalah berpunca daripada isu kewangan dan penderaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager