Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TREND TOREH LENGAN HANYA UNDANG MUDARAT – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

TREND TOREH LENGAN HANYA UNDANG MUDARAT – MOHD NA’IM

Trend toreh lengan menggunakan objek tajam kononnya bagi menghilangkan depresi jelas bertentangan dengan Islam.

Mohd. Na’im ditemui media selepas Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-kanak anjuran YADIM 2023 di PWTC.

KUALA LUMPUR: Trend toreh lengan menggunakan objek tajam kononnya bagi menghilangkan depresi jelas bertentangan dengan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbuatan seumpama itu hanya mendatangkan kemudaratan dan kebinasaan kepada diri sendiri.

“Jadi saya di sini nak ajak khususnya anak muda, jangan sekali-kali kita memudaratkan diri kita, siapa lagi nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri.” katanya.

Tambah beliau, terdapat cara lain untuk menghilangkan tekanan di mana Islam sendiri menganjurkan umatnya untuk bersolat dan berzikir.

Mohd Na’im turut mengajak anak muda untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah agar tidak terjerumus dengan perbuatan memudaratkan.

Media baru-baru ini melaporkan, trend menoreh lengan dalam kalangan pelajar untuk menghilangkan tekanan semakin serius.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading