Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP BERI TEMPOH TAMBAH BAIK ATAU SEKAT DANA WHO

DUNIA

TRUMP BERI TEMPOH TAMBAH BAIK ATAU SEKAT DANA WHO

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membekukan secara kekal dana yang diberikan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Presiden AS itu berkata badan itu diberi tempoh 30 hari untuk menunjukkan penambahbaikan dalam usaha menangani Covid-19.

“Jika WHO gagal menunjukkan penambahbaikan dalam tempoh 30 hari, saya akan membekukan secara tetap dana yang disumbangkan Amerika Syarikat kepada WHO dan Washington juga akan menilai semula keahlian dalam WHO,” kata Trump melalui akaun Twitternya.

Trump sebelum ini memaklumkan Washington menyalurkan dana AS450 juta setahun bersamaan kira-kira RM1.9 bilion kepada WHO.

Presiden AS itu juga sebelum ini membidas WHO kerana gagal memainkan peranan menangani krisis Covid-19, termasuk kelewatan mengisytiharkan virus itu sebagai pendemik.

Sementara itu Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan rancangannya melancarkan siasatan bebas berhubung pengendalian pandemik covid-19.

Dr Tedros berkata siasatan itu akan dijalankan dengan penuh telus dan bertanggungjawab. — Reuters/ Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading