Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN LONGGAR SEKATAN PERGERAKAN DI TEBING BARAT

DUNIA

PALESTIN LONGGAR SEKATAN PERGERAKAN DI TEBING BARAT

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin memutuskan untuk melonggarkan sekatan pergerakan dikuat kuasakan di Tebing Barat sejak 5 Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19.

Keputusan itu diumumkan ketika tujuh kes baharu direkodkan di wilayah Palestin pada Isnin malam, demikian laporan agensi berita Xinhua memetik Menteri Kesihatan, Mai al-Kaila.

Al-Kaila berkata kes jangkitan COVID-19 di wilayah itu mencecah 567 kes dengan 108 kes masih menjalani rawatan.

Ketua Hakim Palestin, Mahmoud al-Habbash mengumumkan semua mahkamah di Tebing Barat akan mula beroperasi sejak ditutup 5 Mac lalu.

“Keputusan untuk membuka semula mahkamah di Tebing Barat dibuat sejajar pembukaan semula pejabat menteri dan kerajaan di daerah yang tidak terjejas,” katanya.

Pihak Berkuasa Palestin sebelum ini melonggarkan secara berperingkat kawalan di wilayah itu dengan membuka semula premis perniagaan dan pengangkutan antara bandar.

Bagaimanapun, kerajaan memutuskan larangan pergerakan antara bandar dan kota semasa sambutan Aidilfitri. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading