Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TULISAN JAWI: TIADA LANJUTAN TARIKH PENGUATKUASAAN

DALAM NEGARA

TULISAN JAWI: TIADA LANJUTAN TARIKH PENGUATKUASAAN

KUANTAN: Tiada lanjutan masa akan diberikan kepada pemilik premis atau papan iklan di Pahang untuk meletakkan tulisan jawi pada papan tanda mereka, sebelum tindakan penguatkuasaan bermula 1 Jan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang Abd Rahim Muda berkata tempoh masa yang lama sudah diberikan, iaitu sejak 1 Jan lalu dan seharusnya pihak terlibat peka dengan arahan tersebut.

Abd Rahim berkata keputusan kerajaan negeri mewajibkan penggunaan tulisan jawi juga selari dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang yang bertitah supaya penggunaan tulisan itu diperkasakan di negeri ini.

“Tiada apa perlu dibimbangkan dengan tulisan jawi. Ini bukan perkara baharu kerana digunakan sejak dahulu termasuk dalam iklan perniagaan sekitar tahun 60an,” katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata bagi tujuan itu, terdapat 28 orang penyemak tulisan jawi di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, akan memberi panduan dan nasihat untuk memastikan ejaan dan piawaian standard dipatuhi.

Menjawab soalan Lee Ah Wong (BN-Cheka) yang mencelah pada sesi itu, Abd Rahim berkata terdapat kelonggaran untuk tulisan jawi bersaiz kecil sedikit digunakan, jika papan tanda asal tidak boleh memuatkan tulisan jawi bersaiz sama dengan tulisan rumi. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading