Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH CIPTA SEJARAH CAPAI REKOD SYER TERTINGGI

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH CIPTA SEJARAH CAPAI REKOD SYER TERTINGGI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama barisan kepimpinan dan bakat TV AlHijrah pada Majlis Sidang Media Program Ramadan TV AlHijrah.

KUALA LUMPUR: Sejarah baru tercipta buat stesen televisyen Islam utama negara, TV AlHijrah, apabila syarikat media itu berjaya mencatatkan rekod syer tertinggi sejak penubuhannya.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Nielsen, TV AlHijrah telah mencatatkan prestasi terbaiknya pada minggu ke-9 tahun 2025 iaitu antara 23 Februari hingga 1 Mac.

Jumlah syer yang diperoleh TV AlHijrah pada minggu tersebut ialah 3.60 peratus, menyaksikan saluran itu berjaya menduduki tempat ke-4 dalam syer keseluruhan saluran tv di Malaysia.

Lebih membanggakan, TV AlHijrah berada di kedudukan ke-3 dalam purata masa tontonan per individu sepanjang minggu tersebut, menunjukkan minat dan kesetiaan mendalam penonton terhadap kandungan yang disajikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, pencapaian ini adalah petanda positif, ramai yang mencari kandungan-kandungan berbentuk dakwah menjelang bulan Ramadan.

“Saluran ini telah menyediakan pelbagai program menarik untuk mengajak penonton menghayati pengertian Ramadan dengan lebih mendalam.

“Kami juga sedang merancang pelbagai program menarik berkaitan bimbingan haji sebaik sahaja selepas sambutan Hari Raya nanti,” katanya.

TV AlHijrah mengajak penonton untuk terus memberi sokongan kepada TV AlHijrah bukan sahaja melalui platform TV tetapi juga di platform digital seperti AlHijrah Plus dan media sosial mereka. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading