Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM694,687.23 KEPADA PPZ-MAIWP

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM694,687.23 KEPADA PPZ-MAIWP

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM694,687.23 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk hasil kewangan pada 2023.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM694,687.23 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk hasil kewangan pada 2023.

Penyerahan zakat itu disempurnakan Pengurus Kewangan Korporat TV AlHijrah Suzylawati Ahmad kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada majlis yang diadakan pada Rabu.

Selain TV AlHijrah, 20 lagi syarikat lain turut melaksanakan tanggungjawab sama pada majlis itu dengan jumlah keseluruhan bayaran yang diterima adalah RM27,560,083.68.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata serahan zakat itu menjadi tanggungjawab utama pihaknya selepas Allah SWT menghadirkan rezeki kepada TV AlHijrah melalui usaha di pentas dakwah.

“Alhamdulillah, dengan menunaikan tanggungjawab zakat ini semoga Allah SWT memberikan keberkatan rezeki kepada TV AlHijrah dan semua kakitangannya,” kata Namanzee.

Dalam pada itu, kutipan zakat PPZ-MAIWP bagi tempoh Januari hingga November 2024 mencatatkan jumlah RM818 juta, meningkat sebanyak 8.8% berbanding RM751 juta yang dikutip dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.

Manakala kutipan zakat perniagaan pula meningkat 2.6% dalam tempoh Januari hingga November 2024 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM123,766,691.87 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.

Mohd Na’im memaklumkan zakat yang dilunaskan melalui PPZ-MAIWP akan diuruskan sebaiknya untuk manfaat lebih ramai para asnaf khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading