UMAT ISLAM PERLU JAGA ADAB KETIKA ZIARAH KUBUR – MOHD NA’IM
Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
PORT DICKSON: Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dan kelakuan serta mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama ketika menziarahi tanah perkuburan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata masyarakat sememangnya digalakkan dan diharuskan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian, namun, ada peraturan yang ditetapkan Islam yang perlu dipatuhi bagi mengelak tercetusnya kerisauan orang awam dan fitnah.
“Nak ziarah kubur sama juga macam kita menziarahi orang sakit, ada peraturan yang telah ditentukan dalam Islam.
“Contohnya masa menziarahi kubur digalakkan mendoakan dan ucap salam kepada si mati, ini sebahagian daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali kelapan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah video tular di laman sosial baru-baru ini yang memaparkan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang, sambil mengelilingi sebuah makam di sebuah negeri Pantai Timur.
Katanya, mufti kerajaan negeri terbabit selaku pihak yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan agama perlu menentukan dari segi hukum berkaitan amalan dilakukan di tanah perkuburan itu.
Selain itu, Mohd Na’im turut menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan bagi membendung perkara tidak bermoral terutama menerusi media sosial yang memberi pengaruh buruk terutama kepada golongan muda.
“Kita sendiri menempatkan beberapa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menapis dan menyekat sebarang video yang mungkin menyeleweng daripada landasan agama, selain memberikan nasihat berkaitan agama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya dalam pertimbangan menjadikan elaun guru KAFA sebagai gaji tetap, sekali gus membantu dan menjaga kebajikan mereka namun ia bergantung kepada kewangan negara.
Mengenai Ihtifal KAFA anjuran JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, beliau berkata program disertai 448 pelajar tersebut bertujuan mencungkil bakat sebagai dai dan pembimbing rakan sebaya dalam kalangan murid sekolah. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests