Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNDANGAN MAKAN ‘NON MUSLIM’: HUKUMNYA HARUS SELAGI TIDAK ANCAM AKIDAH

DALAM NEGARA

UNDANGAN MAKAN ‘NON MUSLIM’: HUKUMNYA HARUS SELAGI TIDAK ANCAM AKIDAH

Umat Islam diharuskan memenuhi jemputan makan bukan Islam selagi mana ia tidak mendatangkan ancaman akidah seperti melakukan sebarang aktiviti ritual keagamaan.

KUALA LUMPUR: Umat Islam diharuskan memenuhi jemputan makan bukan Islam selagi mana ia tidak mendatangkan ancaman akidah seperti melakukan sebarang aktiviti ritual keagamaan.

Bahkan hukumnya adalah haram jika umat Islam mengiktiraf syiar serta mengagungkan hari perayaan mereka.

Hukum itu dijelaskan menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan berlandaskan kepada kerangka menjalinkan hubungan baik dan harmoni sesama masyarakat berbilang kaum sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mumtahanah yang bermaksud:

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” Surah Al-Mumtahanah: (8)

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menerusi hantaran Facebooknya menjelaskan, hukum itu juga sejajar dengan pendekatan Fiqh Ta’ayush iaitu hidup bersama dalam aman damai dalam masyarakat berbilang agama dan etnik.

Jelasnya ucapan tahniah, menghadiri perayaan agama bukan Islam yang tidak bersifat ritual seperti “jamuan rumah terbuka” dan ziarah adalah harus mengikut pandangan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Al-Zarqa’, Syeikh Muhammad As-Sayyid Dasuki serta Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.

Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menjelaskan bahawa umat Islam dibolehkan untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-Muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya daripada hasil sembelihan mereka.

Antara garis panduan yang perlu diikuti umat Islam ketika menghadiri majlis undangan keagamaan non-muslim ialah menjamu makanan yang diyakini halal, majlis tidak disertakan dengan upacara bertentangan akidah Islam, tidak mengiktiraf agama mereka dan tidak disertakan sebarang aktiviti ritual.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading