Tiada satupun negara Arab yang membangkitkan isu konflik Syria di UNGA. Foto Syria Care.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 yang berakhir minggu lalu tidak membawa sebarang makna kepada penderitaan dan kesengsaraan ditanggung mangsa konflik di Syria.
Ketegangan diplomatik antara Arab Saudi dengan Iran, kepungan dan sekatan tentera India ke atas penduduk Kashmir, kezaliman kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di Rakhine, perluasan penempatan haram penduduk Yahudi oleh rejim zionis di Tebing Barat dan perarakan aktivis alam sekitar bagi mendesak dunia menangani perubahan Iklim global telah menenggelamkan penderitaaan pelarian di Syria. Malang sungguh nasib mereka.
Sepanjang perhimpunan
bermula dari 24 September hingga 30 September lalu, tiada satupun negara Liga
Arab, Pertubuhan Kerjasama Negara Teluk (GCC) membangkitkan mengenai konflik
Syria yang meragut hampir 600,000 nyawa.
Ia berbeza
dengan isu Rohingya apabila negara anggota ASEAN iaitu Malaysia melalui Perdana
Menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membangkitkan isu berkenaan dengan
penuh ketegasan sehingga beliau melabel Myanmar sebagai kerajaan zalim.
Lebih lantang, Dr
Mahathir mengkritik tindakan badan dunia itu yang kini memasuki usia 75 tahun
sebagai gagal menyelesaikan krisis etnik yang menyebabkan jutaan mangsa menjadi
pelarian.
Dalam nada lebih
tegas Dr Mahathir menyelar peranan PBB yang disifatkan tidak berupaya untuk
menghentikan penindasan dan genosid yang berlaku.
Ketegasan sama
disuarakan terhadap dasar pendudukan regim zionis di kawasan tanah Arab yang
dikuasainya. Seperti ucapan-ucapan sebelumnya, Perdana Menteri yang berusia 94
tahun itu, tidak berganjak dari pendiriannya mengutuk keras perbuatan Israel.
Namun bagi mangsa konflik di Syria, tiada satupun saudara sebangsa dengan mereka yang tampil ke pentas untuk membawa serta membahaskan isu itu kecuali Turki, negara jiran yang kini memberikan perlindungan kepada lebih 3.7 juta pelarian Syria.
Namun ucapan
Presiden Recep Tayyip Erdogan lebih kepada penyelesaian “longgokan” rakyat
Syria di negaranya serta peluasan zon keselamatan di dalam wilayah Turki bagi
mengekang ancaman keselamatan di sempadan.
Ia sama sekali
tidak menyentuh mengenai nasib serangan senjata kimia, pembunuhan beramai-ramai
dan gencatan senjata di wilayah konflik itu.
Manakala Rusia,
yang juga sekutu Syria, menggunakan pentas perhimpunan agung kali ini untuk
terus berdrama bagi mencari penyelesaian politik.
Menteri Luarnya,
Sergey Lavrov berpendirian PBB perlu memainkan peranan penting sambil menuduh
dunia barat sebagai berat sebelah dalam isu kemanusiaan selain menghentam
wartawan dan media berkaitan.
Kenyataan itu
adalah wayang Moscow kerana pada 19 September lalu, ia menggunakan kuasa
vetonya untuk menghalang ketetapan PBB untuk melaksanakan gencatan senjata di
Idlib, Syria.
Di perhimpunan
yang sama, Menteri Luar Syria, Walid Muallem mendesak semua tentera asing
keluar dari wilayah utara negaranya bagi membolehkan pihak kerajaan melakukan tindakan
sewajarnya.
“Askar Amerika Syarikat dan Turki berada secara haram sebagai tentera asing di utara Syria. Mana-mana askar asing di wilayah kami tanpa kebenaran adalah penaklukan tentera dan perlu keluar dengan segera,” katanya dipetik agensi berita Al Jazeera.
Kenyataan beliau
langsung tidak menyentuh kehadiran tentera Rusia yang selama ini bersekongkol
melakukan serangan ke atas orang awam. Begitu juga dengan pasukan elit tentera
Iran.
Apa yang menjadi
persoalan, sekiranya kesemua kawasan berkenaan diserahkan kepada tentera rejim Bashar
al Assad, apa yang akan berlaku kepada orang awam yang berada di wilayah itu?
Apa jaminan hak mereka dilindungi dari menjadi mangsa kezaliman seterusnya.
Perkara itu
langsung tidak disentuh. Sama seperti perhimpunan agung sebelum ini, dunia tahu konflik di Syria adalah perang
proksi di antara kuasa besar, namun kesengsaraan yang ditanggung rakyatnya
terus dilupakan.
Itu cerita
mangsa konflik di Syria. Belum lagi situasi di Yaman dan penindasan terhadap
umat Islam di tempat lain seperti penafian hak ke atas etnik muslim Uighur di
China. Maka OIC akan kekal sekadar “Oh I
See” yang hidup segan mati tidak mahu. –
Razali Awang (Media Syria Care)
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests