Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UPSRA: MATA PELAJARAN AL-QURAN, HAFAZAN CATAT PERATUSAN LULUS TERTINGGI

DALAM NEGARA

UPSRA: MATA PELAJARAN AL-QURAN, HAFAZAN CATAT PERATUSAN LULUS TERTINGGI

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2023 di Wilayah-Wilayah Persekutuan menunjukkan mata pelajaran Al-Quran dan Hafazan mencatatkan peratusan lulus tertinggi iaitu 99.93 peratus.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, bagi keseluruhan mata pelajaran UPSRA meliputi Al-Quran dan Hafazan, Bahasa Arab, Jawi & Khat, Feqah, Akhlak, Tauhid, Tajwid, Sirah, dan Projek Berasaskan Sekolah, sejumlah 90.51 peratus kelulusan telah direkodkan tahun ini.

“Seramai 295 orang calon memperoleh 9 Mumtaz, 305 orang calon memperoleh 8 Mumtaz dan 330 orang calon memperoleh 7 Mumtaz dalam ujian tersebut.

“Seramai 8,711 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSRA bagi tahun 2023 yang terdiri daripada 423 orang calon Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), 4,747 orang calon Sekolah Rendah Agama (SRA), 3,095 orang calon Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta 446 orang calon sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan JAWI,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPSRA di Dewan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak.

SIRAJ Saidina Uthman bin Affan diumum institusi terbaik keseluruhan bagi UPSRA 2023 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.39.

Murid-murid yang telah menduduki UPSRA boleh mendapatkan slip keputusan UPSRA 2023 di sekolah atau institusi masing-masing pada hari ini mulai jam 3.00 petang.

Menurut JAWI, UPSRA dilaksanakan bertujuan untuk memastikan tahap pembelajaran murid berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dapat dicapai.

Konsep pentaksiran yang lebih holistik mula diterap dalam pelaksanaan UPSRA 2023 meliputi penilaian bertulis, penilaian amali, penilaian lisan atau syafawi dan penilaian berasaskan projek.

Ujian tersebut menjadi indikator penting untuk mengukur kemenjadian murid dalam segenap aspek sekaligus menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah menengah pada setiap tahun. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading