Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USD700 JUTA DIPINDAH KEPADA SYARIKAT JHO LOW TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH

DALAM NEGARA

USD700 JUTA DIPINDAH KEPADA SYARIKAT JHO LOW TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH

Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan bahawa bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee, yang masih bebas, didakwa mengalihkan dana syarikat itu sebanyak USD1 bilion kepada pihak ketiga.

PUTRAJAYA: Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Rajagopal, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, berkata beliau membuat penemuan itu semasa menyiasat skandal 1MDB. 

“Tiada arahan daripada Lembaga Pengarah (1MDB) agar USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star. 

“Siasatan saya mendapati pindahan wang itu adalah bertentangan dengan keputusan Lembaga Pengarah,” katanya. 

Saksi ke-11 pembelaan itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung kes penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion.

Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan bahawa bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee, yang masih bebas, didakwa mengalihkan dana syarikat itu sebanyak USD1 bilion kepada pihak ketiga.

Dana itu sebenarnya adalah untuk didepositkan ke dalam akaun usaha sama 1MDB-PSI. 

Bagaimanapun, hanya USD300 juta dipindahkan bagi tujuan tersebut manakala bakinya iaitu USD700 juta dialihkan kepada syarikat Good Star Limited. 

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan termasuk empat iaitu menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung 24 Mac depan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading