Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USTAZ AZHAR IDRUS TIADA TAULIAH DI SELANGOR – JAIS

DALAM NEGARA

USTAZ AZHAR IDRUS TIADA TAULIAH DI SELANGOR – JAIS

Pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu tiada tauliah mengajar yang diberi bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 Pindaan 2016.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di Selangor, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Katanya ia berdasarkan hasil semakan pihaknya selain mengambil maklum berkenaan pembatalan kuliah maghrib UAI yang dijadualkan berlangsung pada Ahad di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau JAIS tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Selangor. Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu tiada tauliah mengajar yang diberi bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kuliah Maghrib Perdana UAI yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, terpaksa dibatalkan atas kuasa JAIS.

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda. Oleh itu, kuliah maghrib pada 26 Februari 2023 ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook rasmi Azhar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading