Selepas menyambut ulangtahun ke-80 penubuhannya, Utusan Melayu mungkin ditutup kerana masalah kewangan.
KUALA LUMPUR – Syarikat Utusan Melayu mungkin akan ditutup dalam masa
terdekat kerana syarikat tidak mempunyai duit untuk membayar gaji yang
tertunggak dan pada masa akan datang serta gagal melupuskan aset yang ada.
Menurut Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan
Melayu, Mohd Taufek Razak berkata, keputusan itu hasil perbincangan pengurusan
syarikat akhbar berkenaan di Kementerian Sumber Manusia pagi tadi.
“Pagi tadi kami mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan termasuk Pengerusi
Eksekutif, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Mereka telah pun membuat keputusan
bahawa Utusan memang tak ada duit untuk bayar gaji kami walaupun tertunggak dan
pada masa akan datang. Ini kerana mereka tidak mempunyai wang dan gagal untuk
melupuskan aset Utusan yang ada, jadi mereka telah pun mengugut kami mereka
akan menutup utusan,” katanya.
Mohd Taufek Razak
Lebih 100 pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad mengadakan piket di
luar ibu pejabat syarikat itu sekitar jam 1 petang tadi bagi menuntut tunggakan
gaji mereka yang tertangguh sejak Jun hingga Ogos lalu.
Menurut kakitangan Utusan, Nik Muhd Hasmazi Hassan, Utusan berjanji pada
6 Ogos lepas untuk membayar gaji mereka, namun pembayaran itu ditangguhkan
melalui satu memo yang mengatakan syarikat tidak dapat menunaikan janji kerana
masalah teknikal.
“Lepas itu senyap (setelah memo diberikan), jadi kami ini apa
sebenarnya? Macam kami ini tiada nilai, sedangkan kami terpaksa meminjam untuk
datang bekerja. Kami tak pernah tinggalkan kerja,” katanya.
Bekas wartawan Utusan Malaysia, Siti Ainiza Kamsari yang telah mengambil
Skim Pemisahan Sukarela (VSS) berkata, keadaan amat sukar bagi 700 staf utusan
yang terpaksa berhenti dan tiada sumber kewangan untuk membiayai keperluan
keluarga.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia,
Chin Sung Chew memaklumkan usaha piket itu dibuat setelah tiada sebarang
tindakan dibuat oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk membantu nasib
kakitangannya walaupun pelbagai desakan telah dilakukan.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager