Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UUM tak paksa mahasiswa hadir program Dr Zakir Naik

DALAM NEGARA

UUM tak paksa mahasiswa hadir program Dr Zakir Naik


Dr Zakir Naik

SHAH ALAM – Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak memaksa pelajarnya untuk menghadiri Program ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 18 April ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, program diskusi ilmiah ini anjuran pelajar di bawah Kelab PERKIM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

Menurutnya, program ini bertujuan mendedahkan penuntut kepada realiti sosial dan isu semasa khususnya penuntut UUM yang bakal menjadi pengurus dan golongan profesional pada masa depan.

“Universiti tidak memaksa mereka untuk menghadiri program ini dan ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.

“Pihak UUM berpengalaman menganjurkan program yang membabitkan tokoh-tokoh berprofil tinggi dan telah memastikan semua bentuk program yang boleh menimbulkan sensitiviti terhadap mana-mana pihak dan agama tidak dilakukan demi menjaga kesentosaan dan kesejahteraan penuntut dan universiti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hendrik berkata, penuntut juga dinasihatkan supaya sentiasa berfikiran terbuka dan beradab dalam menangani perbezaan pendapat. – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading